sesampai jek kat opis, saya tak terus buat keje macam selalu..trus google cari berita pasal adik nazirah ni..sadis..mmg bgenang air mata bile baca news...yelah, kalau terpercik minyak panas masa menggoreng kat dapur pun saya dah terlompat, apatah lagi dibunuh dan dibakar...entah2 dibakar hidup2..masyaallah!
moga org yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam akan dapat ditangkap dan dikenalpasti dengan segera dan moga dikenakan hukuman setimpal dgn perbuatan tak berperikemanusiaan tuh...**kan saya dh emo**..
jadinya buat parents semua, awasilah anak2 kite sentiasa..janganlah disebabkan kesibukan dgn tugas harian, kite jadi terleka dan mengambil mudah..jenayah semakin berleluasa, dan saya merasakan negara kita ni semakin tidak selamat untuk dihuni. nyawa macam semakin murah harganya dan semakin bertamadun manusia, umpamanya makin singkat akal fikiran kite...
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.
“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.
“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.
Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.
“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.
Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.
Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.
Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.
sumber berita dari Harian Metro (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dirangdibunuh/Article/index_html)
hubby kena out station ke ipoh lak ni utk 2 hari..jadiknya hari ini saya akan berkampung di rumah MIL utk mengelakkan saya terkial2 uruskan si kecik yg byk ragam tuh...sebabnya, bila dia nampak sy, mood ngengada dia akan terus naik..mula merengek..mula tak kena nak main sorang2..mula nak melekat aje dgn mama dia..
No comments:
Post a Comment