Tak tau kenapa 2 3 hari ni saya rasa sangat sensitive dan akhirnya menyebabkan rasa memberontak dalam diri. Dah puas saya bertahan supaya tak explode tapi apa yang saya tak ingini itu berlaku juga.
Apa yang saya kecewakan sangat ni? Sikap yang tak mau berubah..susah nak ubah sikap orang kalau orang tuh sendiri tak mahu berubah. Kenapa nak tunggu sampai saya buka mulut untuk melakukan sesuatu? Tak boleh ke buat sendiri tanpa perlu disuruh-suruh?
Adakah sebab pembawakan baby ni saya jadi cepat penat dan sensitive berlebihan? Alahai, baby lagi ker? Saya sampai minta maaf dgn baby saya ni semalam sebab saya rasa mengabaikan dia sebab lambat sangat dinner sampaikan baby mcm kelaparan dah..yelah, masa saya makan roti tuh dah pukul 10 lebih. Tu pun sebab fikirkan baby jek saya makan kalau tak, mmg mogok terusla jawabnya. L L L
Sabar saya ada hadnya. Ketenangan saya pun ada batasnya. Janganlah disebabkan saya tak merungut dan gagahkan diri untuk buat sesuatu tuh, orang rasa saya tak kisah. Bertimbang rasalah sikit. Saya ni pregnant!
No comments:
Post a Comment