Friday, October 29, 2010

hari ini...

takde apa yang menarik pun aktiviti saya hari ni...cuma hari ni saya lewat sikit ke pajabat sebab saya nak kena ke TM Point kat Pandan Indah...pagi-pagi saya dah terpacak depan TM Point tu sebab lunch time semalam saya pegi, orang kat kaunter tuh cakap datang esok pagi2 ye...petang aje kami offline...sekarang ni kami tengah upgrading system...cehhhh...buat penat aje saya datang tengah2 panas tuh, cari parking punya susah...20 minit jek kat TM Point pagi ni sume urusan untuk pindahkan talian telefon & Streamyx dah selesai...syukur...harap2 org TM ni cepatla transfer Streamyx ke rumah baru, mati kutu klu tak blh berinternet mlm2 kat rumah...

hari ni macam teruk sikit rasa sakit perut & kepala saya ni...dah 2 minggu sebenarnya saya tak berapa nak sihat ni..perut asik senak je, penuh angin..kepala laks asik sakit berdenyut2...asal malam ajek combination sakit ni mula serang saya..pastu di tambah laks dengan tekak yang tak berapa nak sedap...harap-harap semua ni cepat2 la pergi...

hari ni juga saya kena mengemas semua perabot, sok dah nak pindah rumah baru...bestnyerrr...tak sabar nak pindah laaaa...sebab hiasan dinding saya dah beli...wall sticker pun dah beli...hihihi...seronoknyerr...mari mendeko bersama intan...hasilnya tak tau la mcmn nanti tuh...kih kih kih...

Monday, October 25, 2010

jika seorang isteri menangis dihadapanmu...

entry hari ni bertepatan dengan mood saya yang agak gloomy hari ni dan beberapa hari kebelakangan ni...saya pun tak tau apa punca mood saya drastik sangat bertukar kebelakangan ni...mungkin sebab kepenatan melampau kerana nak pindah rumah atau stress kat tempat kerja, saya pun tak berapa pasti...

bila saya berjalan dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa nukilan di bawah...sebenarnya saya pernah terima nukilan ni dalam email saya tapi bila saya cari2 semula dah tak jumpa pula...

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/





















Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Thursday, October 21, 2010

Layan lirik lagu Maher Zain

Pagi ni saya nak layan lirik lagu lak la...syahdu sangat hati bila dengar lagu ni pagi2 tadi..terngiang-ngiang kat telinga...ingatkan lagu chenta rupanya lagu dakwah...hehehe...sampai aje opis, trus search lirik lagu ni..dah la tak tau sapa penyanyinya, tajuk apa...nasib baik jumpa jugak..apa2 pun, layan aje lah ye :) ..

For the Rest of My Life - by : Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here

In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Wednesday, October 20, 2010

hutang oh hutang!

Saya baru saja terbaca 1 news dalam slot Ekonomi dalam newpaper Utusan ni...yelah, pagi2 tadi masa dalam perjalanan ke ofis, saya dok dgr la Hot Chat pasal hutang...menakutkan pun iya, kelakar pun iya bila dengar komen dari pendengar bila dorang mendedahkan sebab dorang berhutang..menurut berita dalam Utusan ni,hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus dan merupakan yang tertinggi di ASIA???tertinggi = PALING TINGGI...

ngeri dan menakutkan bila baca kesan dari hutang yang terlampau tinggi ni...dikatakan bahawa sekiranya senario ini berterusan bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ia boleh menterjemahkan kepada pengangguran dan menyebabkan orang bermasalah untuk membayar pinjaman mereka...

kenapa ye jadi macam ni?
  1. Credit card - syarat untuk apply credit card tak strict sgt...annual income RM 18,000 dah boleh apply...pastu belanja tak hengat dunia...hepi2 belanja sekarang tapi seksa membayar in future...

  2. Silap membezakan keperluan dan kehendak - yang ni memang biasa sgt jadi...saya pun ada jugak termasuk dlm golongan ni..ekeke...tp tak berhutang ye, COD! tapi tang membeli tuh yang selalu tergelincir...sbb byk yg tak perlu tp sebok sgt rasa mcm perlu yang amat... :p

  3. Saling bersaing dengan jiran - yang ni saya macam tak percaya...kita dah moden tapi kolot lagi rupa-rupanya...pagi tadi byk caller kat Hot Chat tu dedahkan dorang terikat dgn hutang sebab bersaing dan jeles dgn jiran..jiran beli TV 32" baru, dorang pun nak beli TV baru jugak...49" lagi!!!ada lagi orang mcm ni rupanya..hehehe...tp tak heran sgt, sbb kat opis ni pun ada jugak mcm tuh...kih kih kih...

byk lagi sebab org berhutang tapi cukup2 la...kang org menci laks baca...ukur baju dibadan sendiri, tengok mampu ke tak kita nak survive dgn commitment yang byk...jangan missed soru lak disebabkan byr hutang...ingatan untuk diri sendiri, start planning for my family financial so takla rasa terjerat di kemudian hari...

20.10.2010

tarikh hari ni 20102010..unik dan cantik kan turutan nombor dalam tarikh hari ini... bagi diri saya, tarikh hari ni tak ada apa peristiwa istimewa pun, hanya saja nak abadikan tarikh yang tak selalu berlaku...samalah seperti date 10.10.10 yang menjadi pilihan ramai orang untuk mengabadikan kenangan manis sebagai tarikh perkahwinan...bertunang...next year mesti org berebut-rebut nak pilih date 11.11.11 & 20112011 sebagai tarikh istimewa yang menjadi kenangan manis sepanjang hidup...

Tuesday, October 19, 2010

mengimbau kenangan sekitar majlis pertunangan ~~ Aziz & Intan

Title macam grand aje kan? Tapi yelah, saya cuma nak mengabadikan kenangan manis saya aje...majlis ni takla well planned sebab date yang kami pilih tu macam last minute sangat sebab banyak kenduri almaklum aje la musim cuti sekolah kan..akhirnya kami sepakat untuk mengikat tali pertunangan (*ayat sgt skema) pada 26.12.2009...

Saya teringin nak pakai persalinan PINK tapi, si lelaki tak bagi sebab takmo membazir...kain brown ni memang dah lama beli masa saya ke Bukit Tinggi, Indonesia dalam bulan July 2009 yg lepas...bila dah ditempah dan dah siap, mmg naik seri betol dalam persalinan ni...sampaikan ada kawan yang nak kawin dan bertunang pun nak pakai kaler brown yang saya pakai ni...hehehe...macam-macam betul...saya tempah baju ni kat RIMA ART - bazar blkg The Store kat Seremban...kira tailor faveret la kalau nak tempah baju kat Seremban...

Tempahan pelamin dan make-up : Dellis Des Design, Seremban
Make-up by : Deli
Pelamin deco by : Erin

Warna tema barang hantaran dari pihak perempuan : Silver & Black

Warna tema barang hantaran dari pihak lelaki : Pink

Pelamin saya ni sepatutnya guna artificial flowers aje tapi tah macamana saya dok survey fresh flower kat KL, jumpe tempat jual fresh flowers yang blh dikatakan murah...saya booking kaler lain sebenarnya tapi last minute kaler tuh takde pulek...aduhhh...tapi pilihan colour combination last minute saya tuh taklah mengecewakan saya...mmg kena sangatlah dengan tema brown saya tuh.. :)

Cukuplah dengan details yang serba ringkas tuh...so now, layaaaannnzzzz photo laks ye..



after touch up


Mini pelamin of that day! Simple yet eye catch!



making of the queen...chewahhh...so perasan!!



hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki


kami, dgn hantaran dari pihak lelaki

me & my parents - love u alwiz mak & abah!


with adik


part of my niece & nephews..



with mother in law



in law in pink :D


close frens that have been invited...thank you for coming :)


me n my future husband (now, already married :) )

Monday, October 18, 2010

Malaysia Budget 2011 @ 15.10.10

Interesting highlight during the budget presentation on last Friday, 15.10.10 :

  1. Income per capita will increase 6.1% to RM28,000 while income in terms of purchasing power parity to USD16,000 (RM49,440).
  2. Will emphasise on efforts to transform the nation into a developed plus high-income economy plus sustainable development.
  3. Greater KL MRT to be implemented from 2011. When completed, public transport utilisation rate is expected to rise to at least 40%
  4. To revitalise capital market activities, the Govt will launch a Private Pension Fund in 2011
  5. Existing income tax relief of up to RM6,000 for employees contributions to EPF will extend to Private Pension Fund contributions
  6. To further encourage ownership of hybrid cars, import duty and excise duty exemption will be extended until 31 December 2011
  7. Tax exemption on income from trading of Certified Emission Reductions certificate to extend until year of assessment 2012.
  8. The Govt proposes that import duty on approximately 300 goods preferred by tourists and locals, at 5% to 30%, be abolished.
  9. Import duty and sales tax exemption on broadband equipment are also extended for two years until 2012
  10. The Government proposes that sales tax be exempted on all types of mobile phones
  11. The Government proposes that the rate of service tax be increased from 5% to 6%
  12. RM576mil is allocated in the form of scholarships for those wishing to further their studies
  13. RM213mil is allocated to enhance proficiency in Bahasa Malaysia, strengthen the English Language
  14. RM20mil is allocated to increase PhD qualified academic staff to 75% in research unis plus to 60% in other higher learning institutions
  15. RM60mil is allocated to further intensify the Industrial Skill Enhancement Programme in State Skills Development Training Centres
  16. The Govt will also allocate RM50mil to the Multimedia Development Corporation to train graduates in ICT
  17. RM474mil is provided to enhance productivity and skills of non-graduates
  18. RM200mil is allocated to conduct part-time training in the evenings and weekends in selected training centres nationwide
  19. The Govt will enforce basic minimum wages for security guards, to between RM500 and RM700 a month depending on location <-- how about basic minimum wages for professional???
  20. The Govt will provide 40 1Malaysia TASKA to assist women to obtain quality childcare and early education for their children
  21. The Govt will allow flexibility to self-determine fully-paid maternity leave, not exceeding 90 days from the current 60 days
  22. Government will extend tax relief of up to RM5,000 to help parents with expenses such as daycare, caretakers & other daily needs
  23. First-time house buyers will be given stamp duty exemption of 50% on instruments of transfer on a house price not exceeding RM350,000
  24. Govt to establish a 1Malaysia Smart Consumer portal to help the rakyat keep abreast with price movements of retail goods.
  25. Toll rates in four highways owned by PLUS Expressway Berhad will not be raised for the next five years, effective immediately

wall deco

just nak share, order yang sy buat last week dari http://damishqicollection.blogspot.com/ untuk wall deco no# Z3332-1-2-3 baru aje sampai...dari sebelum raya saya dok belek2 FB damia damishqi ni sebab byk sgt pilihan sampai rambang mata dibuatnya...finally, saya pilih yg bercorak moden combination kaler hitam + putih + merah...


pindah rumah

dah lama saya tak berpindah, last sekali saya pindah dari Kuantan ke KL in 2008...kali ni saya kena pindah lagi...kali ni dari umah sekarang yakni umah sewa saya kat Bdr Sri Permaisuri, Cheras ke Ukay Perdana...

dari awl bulan saya dok ulang alik ke UP..mula2 datang tgk kwsn..weekend seterusnya datang untuk basuh rumah..pastu, hantar barang2 yang blh dimuatkan dlm kereta, pastu cat rumah...cat rumah, saya sub pada abg ipar saya...elok jgk hasilnya...saya pilih kaler putih & merah...merah hanya untuk 1 bahagian dinding aje untuk mewujudkan kelainan & menaikkan seri ruang...cheeewwaahhh..yang lain semuanya putih...nampak bersih dan luas rumah! nanti saya upload photo ye..hehehe..

even saya dah berhempas pulas membasuh rumah last 2 weeks, umah tuh still berhabuk & tak betul2 bersih lagi...ptg ni lps kerja saya planned nak ke UP lagi utk cuci rumah sekali lagi...saya ni bolehlah dikategorikan sbg pembersih & cerewet pasal kebersihan...

this weekend, dah nak bawak masuk semua perabut...minggu ni mmg minggu yang mencabar dan memenatkan sebab saya kena packing semua barang2...pastuh nanti bile dah angkut ke rumah baru, kena unpack laks...penat sehhh..

Thursday, October 14, 2010

Rumah

Saya & hubby baru aje beli rumah...nak kata rumah idaman hati, takla jugak...tapi, as long as landed dan selesa untuk didiami oleh saya dan keluarga nanti itu sudah memadai...tambah pula landed kat KL ni sangat la mahal...

Inilah rumah tempat kami berteduh nanti...hehehe...rumah ni kat area Kajang...majoriti penduduk, Melayu la...tu yang saya suka tuh..tambah pulak kawasan ni baru, so nampak calm ajek bile masuk ke perumahan ni...

Dalam hati ni, tak sabar-sabar nak tunggu masuk rumah baru...lagi 2 tahun baru siap rumah ni...harap-harap rumah siap ikut progress la hendaknye...dan....semoga rezeki kami sekeluarga lebih murah lagi lepas ni...Amin...

holiday plan for nxt year...

Sekarang ni demam AirAsia promo...flight ticket price start from RM 1 tuh...murah btol...tp nak pegi mana eh tahun depan? Dalam kepala saya dah terbayangkan HK, Beijing, Bali, Phuket..


Dari semalam la saya dok browse web AA ni...tapi bile tnya2 hubby, dia pun takde decision...camno tuh? terus jek saya tutup website tu mlm tadi. :(


Mungkin hubby tak blh buat decision sebab nak kena consider budget for nxt year jgk...sebabnya, bulan Jan tahun depan, saya dah book tiket ke Kuching masa promo tengah tahun ritu...pastu commitment kami dah bertambah...sebab dah beli rumah..kena saving jgk tuh, lagi setahun setengah dah nak masuk rumah baru...so, nampaknye mmg tak bleh nak book la ticket masa promo ni..kalau nak pegi nanti, beli ajelah...

Tuesday, October 5, 2010

Jalan-jalan ke Kota Singa - Day 2

Inilah main point kami ke Spore ni...UNIVERSAL STUDIO, here we come!!! :D


Basicly, ticket ke Universal Studio ni boleh di beli secara online atau terus di kaunter..harga ticket bagi dewasa adalah SGD 66/pax & utk kanak2 pula SGD 42 untuk weekdays. Kami lebih selesa memilih untuk membeli tiket secara online kerana risau tiket sold out & malas nak Q panjang2...maklumlah masa kami pergi tuh masih cuti raya & cuti sekolah.


Before enter the USS...ramai sgt org nk bgambar kt sini...so ada la jgk gambar org2 yg tidak berkenaan yg masuk sekali dlm pic sy ini..


Sampai jek kt USS ni trus heading ke Madagascar show area...lps show tari menari character Madagascar tu, sume org berebut nak ambik gambar...tp kena Q ye..jgn rebut2... :)

Before the show!

excited nk amek pic dgn character Madagascar...with Gloria...penat ktorg Q utk amek pic dgn Gloria, si pinggu, mr Lion...panas lak tuh...


with Alex the Lion...ni la character yg paling sy suka dlm Madagascar..



Tak ingatla nama apa character ni..tp yg penting nak ambil gambar jugak...sbb comel!!! hehehe..



in front of the castle at Far Far Away...tak dpt gambar castle yang full sebab ramai sgt org nk bergambar...


1 lagi area..water world...ada video yg saya ambil tp besar sgt size file tuh...tak blh nk upload...video masa show kat waterworld ni...saya sgt suka show dorg, meletup2 bikin saya terkejut2 aje..


kat ANCIENTE EGYPT..payah la kalau jalan2 berdua jek..nk ambil gambar berdua susah...takde org tlg tangkapkan...bile ambil sdri, tak dpt la view yang menarik...masa ni ktorg dah lapar sgt ni...ambil gambar lbh kurang jek, terus cari tmpt makan...kat cni ada restoran yang serve halal food...


at SCI FI CITY...


lupe dah ktorg kat area mana...hehehe...sebab masa ni saya dah tersangat penat dan lenguh kaki sebab berjalan seharian tak henti...menjelajah USS ni...



kat Holloywood!!! Yeeeeyyyy, saya sudah sampai Hollywood...cehhh, perasan aje...ahaksss...



before end our journey, sempat lagi bergambar dgn mr. KUNGFU PANDA...


Saya cuma beli 2 frame, sepasang t-shirt & fridge magnet...secara keseluruhannya, mmg excited dan interesting utk explore tempat ni...dlm kepala ni terfikir kenapalah Genting tak buat USS ni kat Malaysia...kalau kat Malaysia mesti boleh buat lagi luas & lebih byk tempat menarik...**napela takde mickey & minnie & slyvester...sy sgt suka watak tuh...


lepas dari USS, kami sempat la ke Sentosa Island - Under Water World & Dolphin Show...yg lain tak sempat sbb dah senja sgt...

Jalan-jalan ke kota Singa - Day 1

Dalam pada beraya, sempat lagi saya berjalan ke Kota Singa..walaupun singapore tu berjiran aje dgn Malaysia, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke kota singa ni..
Seawal pagi kami sudah bangun sebab kena check in kat LCCT 8.30 pagi...flight ktorg pukul 1030 pagi..excited sgt sbb kami back packer ajek kali ni...flight delay plak 1 jam sebab hujan lebat...

Dalam bas otw nak ke LCCT

Sampai kat Singapore, kami terus ambil MRT ke hotel yang dah ditempah dekat area Little India...kami stay kat budget hotel, Hotel 81 Disckson...even budget hotel tp kire convinience laaa sbb kami hanya duduk dlm bilik utk tidur sahaja...

Dalam perjalanan nak cari hotel yang kami booking

Yeeehhhaaaa...sudah sampai hotel! Sempat lagi pose berdua dpn hotel.


After rest & unpack about an hour, kami keluar ke Sim Lim Square & Orchard Road. Kat SLQ, dapat la beli barang idaman hatiku...yang sentiasa termimpi-mimpi...camera DSLR jenama Nikon D5000..pastu, ktorg ke Orchard Road...org kata heaven utk org yg gile shopping (merujuk pd diri sdri la tuh)...hehehe...tp mahal laaa!!!sbb kebanyakkan brg2 sume highly branded stuff...ala-ala KLCC & Pavilion kt Malaysia ;)

Gaya professional camerawoman...test camera DSLR baru...beli kat Sim Lim Square.


Mr. Hubby dgn replika shoppers!


Cak!!!

Orchard Road sign :D

Tgh sebok pilih fridge magnet (FM) utk souviner diri sendiri...sy memang suka collect FM...

Dalam pada merungut mahal, saya sempat gak merembat 1 handbag...tote saya yg lama tuh dh rosak, so mmg tercari2 la tote utk gantikan yg dh rosak tuh...saya suka bwk handbag jenis tote ni, besar...senang nak sumbat segala benda...make up, 2 wallet termasuk wallet hubby, 3 HP termasuk HP hubby..

Hari Raya Aidilfitri 2010

Alhamdulillah, tahun ni sy beraya sebagai seorang isteri..Terasa berkobar-kobar utk menyediakan semua keperluan incik suami terchenta...hehehe...

Pagi-pagi raya kali ni rasa berbeza dari tahun-tahun lepas...bgn pagi, sediakan baju hubby dulu sbb hubby nk p solat raya...lps tuh barulah bersiap utk diri sdri laks...tahun ni, sy raya kt Ampang yakni umah MIL sy laaa...suasana raya tak byk beza dgn umah parents sy kat N9..cuma kalau kt N9, mmg penuh rumah dgn adik beradik & anak2 buah...maklumla family sy mmg besar...8 org tuh adik beradik...klu semuanya berkumpul mmg mcm nk pecah rumah dibuatnye...hehehe..

Tema raya saya n hubby thn ni coklat & kuning...kaler coklat kt umah MIL, kaler kuning plak kat umah belah sy kat N9..

Alamak, mmg saat ni syahdu btol laaa...ampunkan salah silap intan ye dear...

Ready utk berjalan raya..hehe..me wif in laws

Us, wif MIL..


Salam perkenalan

Salam ukhwah..

Hari ni tanggal 05 Oct 2010, dapat la jugak meluangkan masa utk ber blog ni...sebelum ni dah ade blog tapi mmg solely utk jual kek lapis aje...sekarang ni dah free ckit, blh la nak focus on personal blog ni..hehehe..

Harap-harapnya semoga ilmu dan pengalaman dapat dikongsi bersama...Insyaallah...

~~Salam perkenalan dr Intan :) ~~