Wednesday, November 24, 2010

Saya dah kembali...

Lama betul saya tak berblogging ni. Banyak betul halangan...Streamyx saya belum ok lagi, kesihatan saya pula tak mengizinkan...

Dalam pada saya tak sihat ni, saya ade berita gumbira!!!it's R.E.D!!! apa yang RED nyerr ye?



jeng...jeng...jeng...



/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/




Saya PREGNANT masuk bulan yg ke-2!!!

Alhamdulillah, doa saya & hubby telah dimakbulkan oleh-NYA. Inilah puncanya kesihatan saya asik ditahap tidak memberangsangkan kebelakangan ni. Start senja aje saya terus jadik flat...kalau kebanyakan org lain kena morning sickness, saya pulak kena evening sickness, sejuk menggigil-gigil even dah berbungkus dalam comforter & pakai sweater tebal..walaupun begitu, saya begitu teruja untuk melalui setiap perubahan frasa dalam jangka masa 9 bulan ni..

Doa dan harapan saya moga saya & kandungan saya ni dilindungi dan dipelihara oleh-NYA...AMIN...

Friday, October 29, 2010

hari ini...

takde apa yang menarik pun aktiviti saya hari ni...cuma hari ni saya lewat sikit ke pajabat sebab saya nak kena ke TM Point kat Pandan Indah...pagi-pagi saya dah terpacak depan TM Point tu sebab lunch time semalam saya pegi, orang kat kaunter tuh cakap datang esok pagi2 ye...petang aje kami offline...sekarang ni kami tengah upgrading system...cehhhh...buat penat aje saya datang tengah2 panas tuh, cari parking punya susah...20 minit jek kat TM Point pagi ni sume urusan untuk pindahkan talian telefon & Streamyx dah selesai...syukur...harap2 org TM ni cepatla transfer Streamyx ke rumah baru, mati kutu klu tak blh berinternet mlm2 kat rumah...

hari ni macam teruk sikit rasa sakit perut & kepala saya ni...dah 2 minggu sebenarnya saya tak berapa nak sihat ni..perut asik senak je, penuh angin..kepala laks asik sakit berdenyut2...asal malam ajek combination sakit ni mula serang saya..pastu di tambah laks dengan tekak yang tak berapa nak sedap...harap-harap semua ni cepat2 la pergi...

hari ni juga saya kena mengemas semua perabot, sok dah nak pindah rumah baru...bestnyerrr...tak sabar nak pindah laaaa...sebab hiasan dinding saya dah beli...wall sticker pun dah beli...hihihi...seronoknyerr...mari mendeko bersama intan...hasilnya tak tau la mcmn nanti tuh...kih kih kih...

Monday, October 25, 2010

jika seorang isteri menangis dihadapanmu...

entry hari ni bertepatan dengan mood saya yang agak gloomy hari ni dan beberapa hari kebelakangan ni...saya pun tak tau apa punca mood saya drastik sangat bertukar kebelakangan ni...mungkin sebab kepenatan melampau kerana nak pindah rumah atau stress kat tempat kerja, saya pun tak berapa pasti...

bila saya berjalan dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa nukilan di bawah...sebenarnya saya pernah terima nukilan ni dalam email saya tapi bila saya cari2 semula dah tak jumpa pula...

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/





















Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Thursday, October 21, 2010

Layan lirik lagu Maher Zain

Pagi ni saya nak layan lirik lagu lak la...syahdu sangat hati bila dengar lagu ni pagi2 tadi..terngiang-ngiang kat telinga...ingatkan lagu chenta rupanya lagu dakwah...hehehe...sampai aje opis, trus search lirik lagu ni..dah la tak tau sapa penyanyinya, tajuk apa...nasib baik jumpa jugak..apa2 pun, layan aje lah ye :) ..

For the Rest of My Life - by : Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here

In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Wednesday, October 20, 2010

hutang oh hutang!

Saya baru saja terbaca 1 news dalam slot Ekonomi dalam newpaper Utusan ni...yelah, pagi2 tadi masa dalam perjalanan ke ofis, saya dok dgr la Hot Chat pasal hutang...menakutkan pun iya, kelakar pun iya bila dengar komen dari pendengar bila dorang mendedahkan sebab dorang berhutang..menurut berita dalam Utusan ni,hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus dan merupakan yang tertinggi di ASIA???tertinggi = PALING TINGGI...

ngeri dan menakutkan bila baca kesan dari hutang yang terlampau tinggi ni...dikatakan bahawa sekiranya senario ini berterusan bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ia boleh menterjemahkan kepada pengangguran dan menyebabkan orang bermasalah untuk membayar pinjaman mereka...

kenapa ye jadi macam ni?
  1. Credit card - syarat untuk apply credit card tak strict sgt...annual income RM 18,000 dah boleh apply...pastu belanja tak hengat dunia...hepi2 belanja sekarang tapi seksa membayar in future...

  2. Silap membezakan keperluan dan kehendak - yang ni memang biasa sgt jadi...saya pun ada jugak termasuk dlm golongan ni..ekeke...tp tak berhutang ye, COD! tapi tang membeli tuh yang selalu tergelincir...sbb byk yg tak perlu tp sebok sgt rasa mcm perlu yang amat... :p

  3. Saling bersaing dengan jiran - yang ni saya macam tak percaya...kita dah moden tapi kolot lagi rupa-rupanya...pagi tadi byk caller kat Hot Chat tu dedahkan dorang terikat dgn hutang sebab bersaing dan jeles dgn jiran..jiran beli TV 32" baru, dorang pun nak beli TV baru jugak...49" lagi!!!ada lagi orang mcm ni rupanya..hehehe...tp tak heran sgt, sbb kat opis ni pun ada jugak mcm tuh...kih kih kih...

byk lagi sebab org berhutang tapi cukup2 la...kang org menci laks baca...ukur baju dibadan sendiri, tengok mampu ke tak kita nak survive dgn commitment yang byk...jangan missed soru lak disebabkan byr hutang...ingatan untuk diri sendiri, start planning for my family financial so takla rasa terjerat di kemudian hari...

20.10.2010

tarikh hari ni 20102010..unik dan cantik kan turutan nombor dalam tarikh hari ini... bagi diri saya, tarikh hari ni tak ada apa peristiwa istimewa pun, hanya saja nak abadikan tarikh yang tak selalu berlaku...samalah seperti date 10.10.10 yang menjadi pilihan ramai orang untuk mengabadikan kenangan manis sebagai tarikh perkahwinan...bertunang...next year mesti org berebut-rebut nak pilih date 11.11.11 & 20112011 sebagai tarikh istimewa yang menjadi kenangan manis sepanjang hidup...